MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN ASAS MENJAWAB SOALAN MATEMATIK TAMBAH, TOLAK, DARAB DAN BAHAGI DENGAN MENGADAKAN LATIH TUBI UJIAN SATU MINIT
Oleh
SELVARANI
A/P KARISHNAN
SJK (T) LADANG TANAH
MERAH
71010 LUKUT,PORT
DICKSON,
NEGERI SEMBILAN
ABSTRAK
Peratusan kelulusan Matematik dalam
Peperiksaan PKBS di sekolah semakin merosot dan membimbangkan. Pemahaman murid
dalam kemahiran asas mengira terutamanya operasi tambah, tolak, darab dan
bahagi masih lagi lemah sedangkan aspek-aspek ini penting untuk menentukan
tahap penguasaan celik Matematik. Justeru, kajian ini dijalankan untuk
mengatasi masalah penguasaan kemahiran
tambah, tolak, darab dan bahagi yang tidak melebihi nilai tempat
sepuluh. Murid-murid yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada
murid-murid tahun 3, 4, 5 dan 6 di SJK
(T) Ladang Tanah Merah. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui ujian biasa,
kerja rumah dan ujian satu minit berhubung dengan kemahiran itu. Soal selidik
murid-murid juga digunakan sebagai instrument untuk meninjau pandangan
murid-murid terhadap pengajaran guru. Sesi klinikal dengan pendekatan latih
tubi ditambah penggunaan kad sifir dapat
membantu murid meningkatkan pencapaian dan mengubah persepsi dalaman murid.
Guru-guru Matematik berpendapat bahawa sesi klinikal selama satu bulan ini
memuaskan dan berjaya mengubah sikap bosan dan takut kepada sikap seronok,
minat dan suka belajar Matematik. Dapatan kajian ini diharap dapat menyorot
sedikit pengalaman, mengintai teladan dan berkongsi keilmuan tentang keinginan
meningkatkan penguasaan kemahiran berkenaan.
1.0
Refleksi Pengajaran
dan Pembelajaran Lalu
Sewaktu saya menyemak
ujian dan latihan Matematik murid-murid
kelas 3, 5 dan 6 , saya rasa sungguh
terkejut kerana saya dapati murid-murid ini tidak dapat menguasai kemahiran
asas tambah, tolak, darab dan bahagi. Tambahan pula keputusan ujian bulanan 1
amat mengecewakan saya dan berasa sedih atas kegagalan tersebut. Justeru, saya
sebagai seorang guru telah mengambil inisiatif untuk menangani masalah ini.
Saya
juga mengenalpasti kegagalan murid dalam pengiraan asas penambahan.
Perkara ini menjadikan saya tidak puas hati dan rasa terpanggil untuk
mengubah
keadaan ini. Saya terpaksa pembaharuan untuk mengubah tanggapan negative
murid terhadap matapelajaran Matematik.
Justeru itu saya telah membuat latihan
pengiraan asas yang mudah bagi menarik minat murid serta terus mempelajari
matapelajaran Matematik dengan rasa keseronokan.
2.0
Isu keperihatinan /
Fokus Kajian
Kumpulan sasaran saya
merupakan murid-murid yang tidak dapat membuat pengiraan asas iaitu operasi
tambah, tolak , darab dan bahagi. Murid-murid masih lagi termenung dan lambat
memberi respon jika soalan yang berkaitan pengiraan asas tambah, tolak, darab dan bahagi. Saya
menggunakan pendekatan latih tubi dalam kajian ini.
Kemahiran asas
tambah, tolak, darab dan bahagi adalah sangat penting dalam Matematik.
Sekiranya kemahiran-kemahiran ini tidak dapat dikuasai oleh murid dengan baik,
maka kesukaran menjawab soalan-soalan peperiksaan yang berkaitan dalam tempoh
masa yang ditetapkan akan timbul.
Kajian yang
dijalankan ini berfokus kepada meningkatkan kemahiran asas pengiraan supaya
kaedah ini dapat digunakan dalam menyelesaikan masalah Matematik dengan cepat.
Di samping itu, kajian ini juga secara tidak langsung dapat meningkatkan daya
ingatan murid-murid terhadap asas pengiraan tambah, tolak, darab dan bahagi.
Selain itu kemahiran ini juga penting terutamanya
soalan yang melibatkan penyelesaian masalah atau soalan kertas 1 dimana
segelintir murid tidak dapat mencukupi masa untuk menjawab soalan-soalan
Matematik kertas 1.
3.0 Objektif kajian
3.1
Objektif Am
Secara amnya , objektif kajian tindakan ini adalah untuk meningkatkan
penguasaan kemahiran asas
Matematik di mana menjawab soalan tambah,
tolak, darab dan bahagi dalam masa yang
ditetapkan.
3.2 Objektif Khusus
3.2.1 Murid dapat menjawab soalan-soalan asas pengiraan
dengan jangka masa yang ditetapkan.
3.2.2
Murid
boleh menulis jawapan pengiraan asas
Matematik dengan
tepat dan betul.
3.2.3
Meningkatkan
daya ingatan murid dalam pengiraan asas Matematik.
3.2.4
Menambahkan
keyakinan diri yang tinggi.
3.2.5
Menimbulkan
minat murid-murid terhadap mata pelajaran Matematik.
3.2.6
Mewujudkan
suasana pengajaran dan pembelajaran yang ceria dan harmonis.
4.0 Kumpulan Sasaran
Kumpulan sasaran saya
terdiri daripada 5 orang murid tahun 5 yang didapati mempunyai masalah
pengiraan asas Matematik. Murid-murid ini adalah dalam kalangan murid-murid
yang sederhana dan lemah.
5.0 Pelaksanaan Tindakan
5.1
Tinjauan
Masalah
Saya telah
menggunakan beberapa kaedah untuk mengumpulkan maklumat. Dalam pelaksanaan kajian
ini, tinjauan masalah dibuat berdasarkan permerhatian, soal selidik dan ujian
pra.
5.1.1
Pemerhatian
Saya telah membuat
pemerhatian ke atas tingkah laku murid-murid semasa proses pengajaran dan
pembelajaran berlangsung. Sebelum kajian dijalankan murid-murid kurang memberi
respon kepada soalan yang diajukan danberasa tidak yakin untuk memberi jawapan,
serta taku untuk mencuba.
5.1.2
Soal
Selidik
Saya telah
mengedarkan boring soal selidik untuk mengetahui punca kelemahan murid-murid
ini tidak menguasai kemahiran tersebut. Borang soal selidik diberikan kepada
murid sasaran dengan membuat pilihan mengapa mereka tidak dapat menjawab soalan
ujian pra dengan betul.
5.1.3
Ujian
Pra
Ujian pra diberikan
kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sejauhmana kefahaman dan tahap penguasaan
mereka mengenai kemahiran yang dikaji. Ujian pra ini mengandungi 40 soalan yang
mudah perlu dijawab dalam masa 1 jam merangkumi operasi tambah, tolak, darab
dan bahagi.
5.2
Analisa Tinjauan Masalah
5.2.1
Analisa
Pemerhatian
Berdasarkan
pemerhatian guru, murid-murid yang lemah ini tidak berminat untuk belajar,
tidak kira sama ada subjek Matematik dan sebagainya. Selain itu, murid-murid ini
juga mempunyai masalah penghafalan dan lemah dalam pengiraan secara dalam
minda.
5.2.2
Analisa
Soal Selidik
Borang soal selidik
diberikan kepada murid sasaran dengan membuat pilihan mengapa mereka tidak
menjawab soalan ujian pra dengan betul. Analisa dapatan soal selidik dapat
menerusi jadual di bawah.
Jadual 1 : Analisa
soal selidik berdasarkan bilangan dan
Peratus.
BIL
|
PILIHAN
|
BILANGAN
|
PERATUS
|
1.
|
Tidak suka mata pelajaran Matematik
|
3
|
25
|
2.
|
Masa yang diberikan
tidak mencukupi
|
3
|
25
|
3.
|
Tidak tahu / tidak
faham
|
5
|
41.7
|
4.
|
Malas hendak kira
|
1
|
8.3
|
Jumlah
|
12
|
100
|
|
5.2.3
Analisa
Ujian Pra
Hasil dapatan daripada ujian pra, kekerapan
menjawab dengan betul-betul soalan yang diberikan dapat dikelaskan seperti
berikut
Jadual 2 : Keputusan Pencapaian Ujian Pra
UJIAN PRA
|
||
SKALA KEKERAPAN
|
BIL
|
%
|
Betul
semua
|
0
|
0
|
Betul
31 – 40
|
0
|
0
|
Betul
21 – 30
|
0
|
0
|
Betul
11 – 20
|
5
|
42
|
Betul
1 – 10
|
2
|
17
|
Salah
semua
|
5
|
42
|
Jumlah
|
12
|
100
|
Ø
Jadual
2 menunjukkan 7 orang murid masih tidak menguasai kemahiran dengan mendapat
skor betul 6 – 10, 1-5 dan 5 orang murid salah semua dalam ujian pra yang
dijalankan.
5.3
Tindakan
Yang Dijalankan
5.3.1
Aktiviti
yang dijalankan
Sebuah aktiviti telah
dirancang untuk membantu meningkatkan kemahiran asas tambah, tolak, darab dan
bahagi dalam kalangan murid-murid kumpulan sasaran saya. Aktiviti tersebut ialah :
5.3.1.1
Aktiviti
(Ujian 1 minit fakta asas tambah, tolak,
darab dan bahagi)
1.
Aktiviti
ini merupakan satu ujian yang dijalankan untuk menguji tahap penguasaan
murid-murid dalam fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi secara inividu.
2.
Dalam
aktiviti ini murid-murid menggunakan pengiraan mental dalam masa yang singkat.
3.
Dalam
setiap operasi murid-murid harus menjawab 40 soalan yang mudah dalam masa 1
minit.
4.
Walaubagaimanapun
dalam permulaan kajian masa yang akan diperuntukkan adalah selama 5 minit dan
masa tersebut akan dikurangkan mengikut tahap penguasaan murid kepada satu
minit.
5.
Setiap
operasi menggunakan masa yang sama.
6.
Soalan
kira fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi
ini diuji sehingga satu digit sahaja. (Rujuk lampiran U1,U2,U3 dan U4)
7.
Tempoh
masa menjawab soalan habis dijawab akan direkodkan.
8.
Dalam
bulan ini juga tempoh masa menjawab habis akan direkod.
5.3.2
Bahan-bahan
yang digunakan dalam aktiviti 1 adalah seperti berikut.
a.
Lembaran
kerja ujian 5 minit
b.
Lembaran
kerja ujian 1 minit
c.
Borang
analisa pencapaian
d.
Jam
5.3.3 Instrumen dan langkah-langkah pemerhatian.
a.
Kajian
tindakan ini dilaksanakan selama 8 minggu mulai 10 Februari 2009 hingga 10
April 2009.
b.
Saya
memperuntukkan masa selama satu jam hari mulai hari Isnin hingga hari Jumaat.
Sesi bimbingan dijalankan di luar waktu pengajaran dan pembelajaran.
c.
Penyelidik
sebagai guru mata pelajaran melaksanakan tindakan dan murid-murid juga turut
terlibat dalam membuat pemerhatian, temubual dan soal selidik.
d.
Pemerhatian
dibuat bagi menilai keberkesanan aktiviti yang sedang dijalankan. Pemerhataian
dijalankan oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran, melalui latihan
bertulis dan ujian pra.
e.
Soal
selidik dijalankan terhadap kumpulan murid sasaran ini. Borang soal selidik
diedarkan kepada murid-murid dan mereka menjawab. Tujuan menjalanakan sesi soal
selidik agar murid lebih bebas dan berani menjawab berbanding mendapatkan
maklumat secara temubual.
f.
Temubual
dijalankan terhadap murid-murid kumpulan sasaran sebanyak dua kali iaitu sebelum
dan selepas kajian dilaksanakan untuk mendapatkan respon murid terhadap mata
pelajaran Matematik dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
g.
Ujian
pra dijalankan di peringkat awal kajian manakala ujian pos diadakan pada akhir
tempoh kajian. Ujian pos diberikan kepada kumpulan murid sasaran. Keputusan
ujian pra dan ujian pos dianalisa untuk mengetahui perubahan prestasi murid.
h.
Ujian
pra mengandungi 10 soalan yang melibatkan soalan tambah. tolak darab dan bahagi
di bawah tajuk Nombor bulat Hingga 1000 000. Sopa Ujian pra sama dengan soalan
ujian pos.
i.
Aktiviti
1 diulangi bagi setiap sesi bimbingan dan ynag berbeza ialah set soalan bagi
ujian 2 minit.
4.1 Pelaksanaan Tindakan
dan pemerhatian / penilaian
Murid-murid diberi
ujian 1 minit yang merangkumi fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi selama
8 minggu pada setiap hari Isnin hingga Jumaat. Aktiviti ini diajalankan selama
sejam setiap hari bermula 10 Februari 2009 hingga 10 April 2009. Setiap fakta
asas mempunyai 40 soalan yang mudah.
Rajah 1 : Contoh fakta asas tambah
|
Rajah 2 : Contoh fakta asas tolak
|
Rajah 3 : Contoh fakta asas darab
|
Rajah 4 : Contoh fakta asas tambah
|
i.
Pemerhatian
Berdasarkan pemerhatian guru, kumpulan
sasaran murid-murid ini mula menujukkan
minat kerana meraka berasa mudah apabila menjawab soalan-soalan berkenaan serta
aktif dalam menjawab soalan-soalan kerana murid yang habis menjawab soalan yang
banyak akan medapat hadiah sebagai ganjaran. Murid-murid juga bersaing untuk
habis menjawab soalan dalam masa yang ditentukan dan ingin menjadi orang yang
pertama. Tujuan aktiviti adalah mengukuhkan lagi daya ingatan murid terhadap
fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi. Pada awalnya murid-murid tidak
mencukupi masa untuk menjawab soalan-soalan tersebut. Tetapi selepas 4 minggu
dengan adanya sesi bimbingan murid-murid dapat menjawab semua soalan dalam
jangka masa 5 minit. Apabila masa di kurangkan pada minggu yang ke enam
murid-murid mengalami kesuntukan dan tidak dapat habis menjawab. Tetapi apabila
menjangkau minggu yang kelapan murid-murid dapat menjawab semua soalan dalam
masa dua minit.
Jadual
5 : Pencapaian Murid dalam Ujian 5 minit Fakta asas tambah
Murid-murid Kumpulan sasaran
|
Tempoh masa menjawab terpantas bagi semua jawapan betul
(minit : saat)
|
Murid 1
|
3.30
|
Murid 2
|
3.39
|
Murid 3
|
4.50
|
Murid 4
|
4.00
|
Murid 5
|
4.00
|
Jadual
6 : Pencapaian Murid dalam Ujian 5 minit Fakta asas tolak
Murid-murid Kumpulan sasaran
|
Tempoh masa menjawab terpantas bagi semua jawapan betul
(minit : saat)
|
Murid 1
|
3.40
|
Murid 2
|
3.55
|
Murid 3
|
4.50
|
Murid 4
|
4.30
|
Murid 5
|
4.20
|
Jadual
7 : Pencapaian Murid dalam Ujian 5 minit Fakta asas darab
Murid-murid Kumpulan sasaran
|
Tempoh masa menjawab terpantas bagi semua jawapan betul
(minit : saat)
|
Murid 1
|
5.00
|
Murid 2
|
4.50
|
Murid 3
|
4.50
|
Murid 4
|
5.00
|
Murid 5
|
5.00
|
Jadual
8 : Pencapaian Murid dalam Ujian 5 minit Fakta asas bahagi
Murid-murid Kumpulan sasaran
|
Tempoh masa menjawab terpantas bagi semua jawapan betul
(minit : saat)
|
Murid 1
|
5.00
|
Murid 2
|
4.39
|
Murid 3
|
5.10
|
Murid 4
|
5.24
|
Murid 5
|
5.05
|
ii.
Refleksi
Saya
berpendapat bahawa pendekatan belajar dengan memberi soalan-soalan yang mudah
dan hadiah dapat menarik minat murid-murid. Apabila menajalanakan aktiviti ini
murid-murid begitu ceria, harmonis dan memberikan keseronokan kepada
murid-murid.
4.2 Refleksi Kajian
5.5.1 Penilaian Pencapaian Murid
Berdasarkan maklumat
ujian dan ujian pos, didapati kajian tindakan yang dijalankan ini telah
memberikan impak yang cukup baik dalam membantu murid-murid meningkatkan
kemahiran mencongkak fakta asas tambah, tolak darab dan bahagi. Hasil dapatan
daripada kajian tindakan ini telah menunjukkan peningkatan murid-murid dalam
ujian pos.
Jadual
9 :
Perbandingan Pencapaian Murid antara Ujian
Pra dan Ujian Pos
Gred
|
Ujian Pra
|
Ujian Pos
|
||
Bil
|
%
|
Bil
|
%
|
|
A
|
0
|
0
|
4
|
80
|
B
|
0
|
0
|
1
|
20
|
C
|
2
|
40
|
0
|
0
|
D
|
3
|
60
|
0
|
0
|
E
|
0
|
0
|
0
|
0
|
Ø
Jadual
9 menunjukkan peningkatan kualiti dalam ujian pos. Empat orang mendapat 80%
telah mencapai gred A dalam ujian pos berbanding gred D dalam ujian pra yang
telah dijalankan.
Jadual
10 : Pencapaian mengikut Individu
Jenis Ujian
|
Murid 1
|
Murid 2
|
Murid 3
|
Murid 4
|
Murid 5
|
Ujian
Pra
|
62.5%
|
75.5%
|
87.5%
|
60%
|
52.5%
|
Ujian
Pos
|
92.5%
|
97.5%
|
95%
|
97.5%
|
97.5%
|
Pencapaian
|
Meningkat
|
Meningkat
|
Meningkat
|
Meningkat
|
Meningkat
|
Ø
Jadual
10. Menunjukkan peningkatan secara
individu. Lima orang murid telah mendapat 80% yang menunjukkan pencapaian yang
memberangsangkan. Mereka mencapai gred A dengan menjawab semua soalan dengan
betul dalam ujian pos berbanding ujian pra.
Jadual 11. Perbandingan sesi temubual sebelum
dan selepas kajian
BIL
|
ITEM
|
SEBELUM
|
SELEPAS
|
||||||
YA
|
TIDAK
|
YA
|
TIDAK
|
||||||
BIL
|
%
|
BIL
|
%
|
BIL
|
%
|
BIL
|
%
|
||
1.
|
Minat
terhadap mata pelajaran Matematik
|
2
|
3
|
5
|
0
|
||||
2.
|
Minat
tajuk ‘Penamabahan Nombor bulat hingga 1000 000’
|
5
|
0
|
5
|
0
|
||||
3.
|
Minat
tajuk ‘Penolakan Nombor bulat hingga 1000 000’
|
4
|
1
|
5
|
0
|
||||
4.
|
Minat
tajuk ‘Pendaraban Nombor bulat hingga 1000 000’
|
2
|
3
|
5
|
0
|
||||
5.
|
Minat
tajuk ‘Pembahagian Nombor bulat hingga 1000 000’
|
0
|
5
|
5
|
0
|
||||
6.
|
Suka
membuat banyak pengiraan
|
1
|
4
|
5
|
0
|
||||
7.
|
Teknik
penghafalan yang baik
|
2
|
3
|
5
|
0
|
||||
8.
|
Teknik
latihan yang mudah
|
5
|
0
|
||||||
9.
|
Suka
menghafal sifir
|
||||||||
Ø
Jadual
11 menunjukkan 5 orang murid (100%) murid berupaya membuat fakta asas tambah,
tolak, darab dan bahagi dengan menggunakan teknik ujian 5 minit. Keadaan ini
menunjukkan aktiviti ini dapat merangsang murid untuk membuat ujian 1 minit
yang mengandungi 4 asas utama.
5.5.2 Rumusan Pemerhatian aktiviti yang
dijalankan.
Berdasarkan pemerhatian yang dibuat,
aktiviti yang telah dijankan mendapat
sambutan yang baik daripada
murid-murid kumpulan sasaran saya. Terdapat
peningkatan pencapaian dalam tempoh kajian ini
dilaksanakan. Apabila mereka
telah menguasai kemahiran asas tambah,
tolak, darab dan bahagi, maka mereka
dapat menjawab soalan ujian biasa
yang dijalankan dalam tempoh masa yang
diberikan dengan betul dan tepat.
5.5.3
Refleksi keseluruhan
Saya
rasa syukur kerana kajian tindakan yang saya jalankan ini telah
Berjaya
membantu murid-murid meningkatkan kemahiran asas tambah,
tolak,
darab dan bahagi. Aktiviti ini dapat membina keyakinan diri yang
tinggi
dalam diri murid-murid. Tindakan yang dilaksanakan sungguh
berkesan
mengatasi masalah kajian. Aktiviti ini akan membantu
murid-murid
dalam semua ujian Matematik iaitu dapat menjawab soalan
dalam
tempoh masa yang ditentukan.
6.0 Cadangan Untuk Kajian Seterusnya
Memandangkan aktiviti-aktiviti yang telah
dijalnkan amat memberangsangkan minat murid-murid , maka saya bercadang untuk
mengaplikasikan kajian tindakan ini kepada kumpulan sasaran yang lain di
sekolah saya untuk membantu meningkatkan kemahiran asas menjawab soalan tambah,
tolak, darab dan bahagi. Hasil dari kajian yang dijalankan, kami dapati
terdapat perubahan yang positif dari segi amalan pengajaran dan pembelajaran
guru dan amalan pembelajaran murid. Semoga hasil kajian kami ini dapat
dimanfaatkan dan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik,
berkesan dan menyeronokkan.
7.0 Kos
Kajian
Bil
|
Jenis Bahan
|
Jumlah Kos
|
1.
|
Kertas
A4 – 2 rim x RM 13.50
|
RM27.00
|
2.
|
Priter
Ink 1 x RM 75.00
|
RM75.00
|
3.
|
Fotostat
|
RM20.00
|
4.
|
Buku congak
30 x 2.00
|
RM60.00
|
5.
|
Kadbod
|
RM30.00
|
6.
|
Kad
kecil
|
RM20.00
|
7.
|
Laminate
|
RM30.00
|
8.
|
Pertandingan
|
RM50.00
|
JUMLAH
|
RM312.00
|



No comments:
Post a Comment