Saturday 10 December 2011

MINIT MESYUARAT MATEMATIK 2011


                       
                       SJK(T)LADANG TANAH MERAH,71010 LUKUT,
PORT DICKSON,N.SEMBILAN.
MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK
KALI KETIGA 2011 
Tarikh             :           18 SEPTEMBER 2011
Masa              :           1.35 petang
Tempat           :           Bilik Gerakan
Kehadiran      :            1.   En.Damootharan     (GB)                         
2.      En.Krishnan(GPK 1)
3.      Cik.K.Selvarani( Pengerusi)
4.      Pn.Ananthi
5.      Pn.Sharlene
6.      Pn.Paruvathy
7.      Cik.Kaliammah
Tidak Hadir   :                   -
   1.   Ucapan Ketua Panitia
1.1        Kata-kata aluan dan ucapan terima kasih atas
kehadiran semua guru matematik ke mesyuarat panitia kali
ketiga bagi sesi 2011.
1.2        Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua
         yang memberikan kerjasama dalam segala aktiviti yang
         dijalankan setakat ini.
1.3    Beliau meminta memberi peluang kepada murid menjalani
         aktiviti  pembelajaran yang lebih mencabar dan menarik.
1.4    Asas matematik adalah penting,maka semua guru harus
         memastikan semua murid-murid dapat menguasainya.
1.5    Beliau meminta guru mengenalpasti murid-murid yang
         sangat lemah dalam matematik dan memberi latihan
         yang mudah mengikut tahap mereka.
1.6    Meminta semua guru mempelbagaikan aktiviti dalam
         P & P dan fahamkan murid tentang konsep matematik
         yang sebenarnya.
 
                                                            Tindakan :Semua Guru
2.      Ucapan GPK 1
2.1        Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua
         AJK panitia matematik diatas kerjasama dan sokongan
         yang diberikan.
2.2        Beliau  meminta membantu murid menyedari kerelevanan
         kurikulum kepada kehidupan mereka.
2.3        Mengingatkan guru-guru tentang kesan pengabaian
         mata pelajaran ini.
2.4    Beliau meminta semua guru mengadakan ujian bulanan 
         mengikut format.

                                                                Tindakan : Semua Guru

3.      Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lalu                                 
3.1        Minit mesyuarat yang lalu telah dicadang oleh
Pn.Sharlene disokong sepenuhnya oleh Cik.Kaliammah.
                                                               
                                                                Tindakan : Makluman
4.      Perkara Berbangkit
   Analisa keputusan Ujian Bulanan Julai 2011
Gred
Thn.1
Thn.2
Thn.3
Thn.4
Thn.5
Thn.6
A
5
5
13
7
14
9
B
7
11
10
6
5
4
C
4
6
5
15
11
4
D
3
2
2
3
5
-
E
1
-
-
2
-
-
Peratus
Lulus
80%
92%
93%
85%
86%
100%
GPMP
2.40
2.20
1.86
2.60
2.20
1.70
                                       
4.1    Masalah yang dikenalpasti :
Tahun :1
a)      Penguasan Bahasa Inggeris.
b)      Pelajar lemah dalam asas matematik.
c)      Tidak menyiapkan kerja sekolah.
         Tahun : 2
a)      Pelajar tidak memahami ayat yang berbentuk
      penyelesaian masalah.
b)      Pelajar tidak dapat membaca ayat dalam Bahasa
      Inggeris.
c)   Tidak  mencukupi masa.
Tahun : 3
a)      Guru tidak dapat menumpukan perhatian kepada pelajar
dalam kumpulan sederhana.
b)      Murid tidak mahir dalam sifir.
c)      Penguasan Bahasa Inggeris.
d)     Pelajar tidak memahami ayat yang berbentuk
      penyelesaian masalah.
Tahun : 4 ,5 & 6
a)  Pelajar tidak memahami ayat yang berbentuk
     penyelesaian masalah.
b)  Pelajar lemah dalam asas matematik.
c)  Tidak  mencukupi masa.
4.2  Cadangan Strategi :
a)      Guru perlu membimbing pelajar dalam kumpulan sederhana
dan lemah.
b)      Mengajar murid  teknik belajar yang betul.
c)      Meningkatkan semangat berdikari dalam pembelajaran.
d)     Mengalakkan murid membuat tugasan yang berbentuk penyelesaian,
      menganalisis,meramal,meneroka dan membuat hipotesis.
e)      Guru perlu membiasakan pelajar dengan latihan mengenal dan
menggariskan kata kunci ‘key words’dalam soalan yang berbentuk
            penyelesaian masalah.
f)       Murid perlu mahir dalam sifir.
g)      Pelajar boleh digalakkan menyelesaikan soalan yang berbentuk
penyelesaian dalam kumpulan.
h)      Memberi pujian jika sudah menguasai atau bila murid berkelakuan
baik.
i)        Menggalakkan murid agar sentiasa  bersedia dan membuat ulangkaji
untuk mengekalkan ingatan jangka panjang.
j)        Menggalakkan murid agar sentiasa  berminat dengan kerja sekolah.

4.3   GPK 1 menasihatkan guru-guru untuk meningkatkan
         peratus kelulusan dalam ujian bulanan dan juga
         peperiksaan.
                                                                       
                                                                  Tindakan : Makluman   
                                                                                               
5.      Masalah Pengajaran dan Pembelajaran
5.1        Murid Tahun 1 tidak mahir dalam Bahasa Inggeris.
5.2        Ramai murid tidak tahu sifir matematik
5.3        Murid tahap 2  tidak memahami ayat yang berbentuk
         penyelesaian masalah

                                                                Tindakan : Makluman
6.      Hal-hal lain
6.1        Pastikan semua kelas ada carta senarai nama murid 
         yang tahu sifir matematik dan carta itu haruslah
        dipamerkan dalam kelas disudut matematik.                 
                                                                Tindakan : Semua Guru
                                                                       
7.     Penangguhan Mesyuarat
7.1      Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua
        guru yang turut serta untuk memberi cadangan dan
        kerjasama untuk menjayakan mesyuarat pada kali ini.
7.2      Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.00 petang. 

                                                                Tindakan : Makluman

  Disediakan oleh,                                           Disahkan oleh,


  …………………                              ………………………………                         

  (  Pn.Paruvathy  )                              (Cik.Selvarani A/P Karishnan)
       Setiausaha                                                    Pengerusi

No comments:

Post a Comment